Laut Aral
Laut Aral

Laut Aral

Laut Aral merupakan sebuah tasik daratan terletak di antara Kazakhstan (Wilayah-Wilayah Aktobe dan Kyzylorda) di sebelah utaranya dan Uzbekistan (wilayah berautonomi Karakalpakstan) di bahagian selatannya. Nama "Aral" itu datangnya daripada perkataan bahasa Turkik aral yang bermakna "kepulauan"; ia merujuk kepada lebih 1,100 buah pulau yang pernah wujud dalam perairannya. Lembangan salirannya merangkumi Uzbekistan dan sebahagian kawasan Tajikistan, India, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Afghanistan dan Iran.[1]Ia dahulunya merupakan salah satu dari empat tasik terbesar di dunia dengan kawasan seluas 68,000 km2 (26,300 bt2), namun Laut ini telah menyusut sejak sekurang-kurangnya tahun 1850, dengan beberapa gangguan. Pada awal abad ke-20, penyusutan dianggap berpunca daripada kadar penyejatan melebihi kadar masukan air; bahkan terdapat juga bukti bahawa tasik ini berkedalaman lebih daripada 50 kaki (15 meter) sebelum ini.[2] Pengecilannya telah dipercepatkan sejak tahun 1960-an setelah sungai puncanya dialihkan oleh projek pengairan Soviet. Pada tahun 1997, saiz asalnya telah berkurangan sebanyak 10% dan terbahagi menjadi empat buah tasik yang lebih kecil – Laut Aral Utara, lembangan timur dan barat yang terletak di Laut Aral Selatan, dan sebuah tasik sederhana di antaranya.[3] Sejak tahun 2009, tasik tenggara tersebut telah menghilang dan tasik barat daya telah mengecil menjadi sejalur nipis air di sisi barat kawasan selatan laut dahulu; pada tahun-tahun berikutnya, terdapat air yang sekali-sekala mengalir ke tasik tenggara lalu tasik tersebut diisi semula pada satu tahap kecil.[4] Imej-imej satelit yang diambil oleh NASA pada bulan Ogos 2014 mendedahkan bahawa lembangan timur Laut ini telah benar-benar kering untuk pertama kalinya dalam sejarah moden.[5] Lembangan tersebut kini disebut sebagai Padang Pasir Aralkum.

Rujukan

WikiPedia: Laut Aral http://www.sciam.com/article.cfm?id=reclaiming-the... http://www.library.georgetown.edu/digital/krogh http://earthobservatory.nasa.gov/Features/WorldOfC... http://www.aralsea.org/ http://www.riversnetwork.org/rbo/index.php/river-b... http://www.worldbank.org/projects/P046045/syr-dary... https://www.google.com/maps/@45.0082081,59.8157827... https://www.theguardian.com/world/2014/oct/01/sate... https://web.archive.org/web/20121215050646/http://... https://www.unece.org/fileadmin/DAM/env/water/blan...